Buat Amal Jom!

Thursday, July 31, 2014

Mempercepatkan Bukaan Bersalin

Assalamualaikum semua... 
Hari ini lien Dah 38 minggu 6 hari...semalam dah turun tanda darah dalam kul 3 petang... tp g hospital check baru bukaan 1 cm... 
so balik lien terus google2 cara2 nak cepatkan bukaan bersalin la... hajat hati nak baby kuar 1 Ogos... Hari ni la...tp tak tau lah kesampaian atau tak... duk pujokk je baby ni... 

so hasil google jom tgk : 

CARA SEMULAJADI MENCETUS CONTRACTION KEHAMILAN 
  • berjalan...berjalan...dan berjalan ( ni wajib buat...) 
  • sexual intercourse ( ahaa..... ) 
  • rangsangan pada puting susu ( haipsss... ) 
  • selalu mencangkung/senaman ( ni ok jugak boleh amalkan ) 
  • minum minyak/air selusuh ( lien makan pil live oil) 
  • minum air rendaman akar fatimah ( opss xbuat ) 
  • hisap air hujung rambut bila mandi ( ni mak pun ada ckp, baru buat 2 kali ) 
  • bercakap dengan baby,pujuk baby keluar ( ni selalu sgt buat ) 

ok kawan2 jangan la terlalu excited sangat nak mencuba pelbagai cara diatas kerana boleh juga mendatangkan mudarat..
kata orang,jika minum minyak selusuh sebelum tiba masanya hanya akan menyebabkan rasa sakit tetapi jalan/os tidak terbuka..so nanti akan dapat sakit saja-saja.hehe..biasanya orang minum minyak selusuh bila os dah terbuka 5cm..info yang aku dapat di labour room..ramai yang minum minyak selusuh sebelum tiba masanya mengalami sakit yang lebih lama..dan...
kalau dah terminum minyak tu tapi still tak bersalin lagi...korang buka je penutup minyak tu...biarkan terbuka...
insyaAllah..tak lama...2,3 hari atau minggu depan bersalin lah.hehe .. ha ini pengalaman orang2 yang otai ler... 

SURAH-SURAH AMALAN 
  • Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
  • Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
yang paling penting jgn tinggalkan doa Nabi Yunus ni : 


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". 
(Surah Al-Anbiya': ayat 87)

Walau apapun caranya..segalanya dalam kuasa Allah..susah ke,senang ke..semua bergantung kepadaNya.. 

Good Luck :) 

No comments: