Buat Amal Jom!

Wednesday, October 27, 2010

Peralatan Jurumekap / Mak Andam

Salam semua....

Hari nih nak kongsi sikit dengar semua pembaca yang singgah atau tersinggah kat blogku ini. Apakah antara tools yang di gunakan oleh mekap artis untuk memekapkan orang ...tak kesahlah pengantin ke atau hape ke...asalkan dia nak kan khidmat solekan maka inilah antar alatan2 yang selalu di gunakan....

Tools yang selalu di gunakan oleh mekap artis / mak andam untuk menyolek orang adalah seperti berikut :




1 Eyelash Curlers - selaku pegetip bulu mata...nak bagi bulu mata korang melentik macam bulu burung merak tue..so korang pakai lah benda nih...ada terdapat kat banyak tempat...paling senang cari kat watson or gurdian jer....harga pun berbeza2 mengikut kualitinya...jenama yang paling disukai ramai ialah eyelash Curlers Shu Uemura...ngehhh2...


2 Angled brush - nih antara berus yang selalu di gunakan oleh mekap artis...gunanya untuk membetulkan kedudukan alis dan kelopak pada mata...

3 Natural foundation sponge - adalah span yang di gunakan untuk meratakan bedak asas..

4 Eyelash Comb - hok yang benda nih nak bagi bulu kening nampak rapi dan teratur jer..maka pakai lah benda nih....wokehh....

5 Liner brush - nih pulak berus untuk melukis atau boleh juga mengalis pensil mata

6 Foam blender - selalu diguanakan tok blendkan pencil mata

7 Brush blender - nih berus pipi yang di gunkan untuk blendkan warna2 pada pipi supaya pipi nampak gebu sekata...

8 Blush/contour brush - nih berus untuk menyapu pemerah pipi supaya cantik letaknya..

9 Tweezers - adalah alatan untuk mencabut segala bulu2 halus yang anda tidak mahu kelihatan..

10 Dust- berbentuk seperti kipas..maka tugasnya berus nih juga untuk mengipas...opss!! bukan kipas apa pun...untuk membuang nota2 di bawah mata especially selepas penggunaan eyeshadows di kelopak mata.

11 Eyeshadow brush - di gunakan untuk menyapu eyeshadow pada kelopak mata...nampak vouge gituuu...

12 Sharp scissors - gunting ..untuk menggunting hujung bulu mata palsu....

13 Latex sponge - sponge yang paling glamer di gunakan untuk menyapu bedak asas ..especially bedak asas jenis stik...

14 Lip brush - berus untu memakai gincu..tak kesahlah gincu apa pun...asalkan gunanya untuk sapu di bibir munggilmu..ahaks!

15 Hair clips - kelip rambut ler...nak kelip rambut2 yang terjugil keluar tue...kemas dan rapi lah bila nak mekap..heheh

16 Foundation brush - berus nih untuk sapu bedak asas gak...tapi khas untuk bedak asas yang jenis cecair ..good coverage gitu....flawless..

taaaaraa.....selesai sudah .....