Buat Amal Jom!

Saturday, November 27, 2010

Mekap Pengacara TV Al-Hijrah

Hai semua.....wah penat sungguh semalam....
bz bz bz dari pg sampai ke malam...bertambah memenatkan dengan usia kandungan 
yang dah pun mencapai 9 bulan....
oklah aku kasi sokkat skit story....entry kali nih ialah Job Mekap for Host Rancangan Nota Al-Zahra....mesti semua tertanya2, rancangan ape ke benda alah tue??? 
ha memg korang takkan tau punya...sebab siarannya belum pun dikeluarkan lagik....
Channel TV nya pun belum lounch sepenuhnya.... aku kasi story sikit....
Korang pernah tak terdengar Stesen TV Al- Hijrah??? 
Ha...stesen TV nih ialah stesen TV percuma yang berbentuk Islamic & ilmiah yea....
Di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri...Stesen nih dengan dengan Jawi kat Masjid Negara tue.....oklah nak tau lebih lanjut leh korang baca kat link nih http://www.tvalhijrah.com

Orait ....panjang pulak aku story mory....k lah inilah pengacaranya tue...
let the pic talk....

Detail : Pengacara Rancangan Nota Al-Zahra (Stesen TV Al-Hijrah)
Location : Stesen TV Al-Hijrah
Date/Time : 27 November 2010 / 9.oo mlm






* pecah rekod....aku mekap sejam jer nih...dari 9 - 10 /mlm..( hahhahaa)

k lah ...penat jugak menaip nih...

Sekiranya ada mana2 stesen TV yang berminat leh la call aku lagik.. aku charge murah jer hihihi ..(cit..perasan pulak)

Sebarang pertanyaan :


014-326-2127 / eizlien_82@yahoo.co.uk

Wednesday, October 27, 2010

Peralatan Jurumekap / Mak Andam

Salam semua....

Hari nih nak kongsi sikit dengar semua pembaca yang singgah atau tersinggah kat blogku ini. Apakah antara tools yang di gunakan oleh mekap artis untuk memekapkan orang ...tak kesahlah pengantin ke atau hape ke...asalkan dia nak kan khidmat solekan maka inilah antar alatan2 yang selalu di gunakan....

Tools yang selalu di gunakan oleh mekap artis / mak andam untuk menyolek orang adalah seperti berikut :




1 Eyelash Curlers - selaku pegetip bulu mata...nak bagi bulu mata korang melentik macam bulu burung merak tue..so korang pakai lah benda nih...ada terdapat kat banyak tempat...paling senang cari kat watson or gurdian jer....harga pun berbeza2 mengikut kualitinya...jenama yang paling disukai ramai ialah eyelash Curlers Shu Uemura...ngehhh2...


2 Angled brush - nih antara berus yang selalu di gunakan oleh mekap artis...gunanya untuk membetulkan kedudukan alis dan kelopak pada mata...

3 Natural foundation sponge - adalah span yang di gunakan untuk meratakan bedak asas..

4 Eyelash Comb - hok yang benda nih nak bagi bulu kening nampak rapi dan teratur jer..maka pakai lah benda nih....wokehh....

5 Liner brush - nih pulak berus untuk melukis atau boleh juga mengalis pensil mata

6 Foam blender - selalu diguanakan tok blendkan pencil mata

7 Brush blender - nih berus pipi yang di gunkan untuk blendkan warna2 pada pipi supaya pipi nampak gebu sekata...

8 Blush/contour brush - nih berus untuk menyapu pemerah pipi supaya cantik letaknya..

9 Tweezers - adalah alatan untuk mencabut segala bulu2 halus yang anda tidak mahu kelihatan..

10 Dust- berbentuk seperti kipas..maka tugasnya berus nih juga untuk mengipas...opss!! bukan kipas apa pun...untuk membuang nota2 di bawah mata especially selepas penggunaan eyeshadows di kelopak mata.

11 Eyeshadow brush - di gunakan untuk menyapu eyeshadow pada kelopak mata...nampak vouge gituuu...

12 Sharp scissors - gunting ..untuk menggunting hujung bulu mata palsu....

13 Latex sponge - sponge yang paling glamer di gunakan untuk menyapu bedak asas ..especially bedak asas jenis stik...

14 Lip brush - berus untu memakai gincu..tak kesahlah gincu apa pun...asalkan gunanya untuk sapu di bibir munggilmu..ahaks!

15 Hair clips - kelip rambut ler...nak kelip rambut2 yang terjugil keluar tue...kemas dan rapi lah bila nak mekap..heheh

16 Foundation brush - berus nih untuk sapu bedak asas gak...tapi khas untuk bedak asas yang jenis cecair ..good coverage gitu....flawless..

taaaaraa.....selesai sudah .....

Sunday, September 19, 2010

Kenali saya


Sofina Touch adalah pemilik kepada Sofina Touch Collection. Saya telah berkerja sepenuh masa dan menjadikan Freelance Jurumekap sebagai hobi dan pendapatan sampingan. Meminati bidang persolekan dan telah mengikuti perkembangan sejak tahun 2007. Namun kerana faktor masih belajar maka terpaksa menangguhkan impian untuk serius di dalam bidang ini.
Kini setelah bekerja dan berkahwin serta mendapat restu dari suami tersayang barulah impian untuk memulakan langkah pertama menjadi kenyataan. Percaya setiap yang berjaya pasti ada permulaan langkah dan saya berharap masih tidak terlambat untuk memulakan langkah pertama. Pernah menjalani beberapa latihan dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat andaman. 
Produk yang saya gunakan dalam persolekan adalah seperti jenama KRAYOLAN, MAC, MAYBELINE, ESTEE LAUDER dan lain-lain lagi. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyokong saya terutama pada suami tersayang dan keluarga tercinta....

Tidak dilupakan kepada semua 'customer' yang mendapat
sentuhan Sofina Touch.



semasa mengandung 7 bulan :) 


join kelas mekap pertama masa mengandung :) 



semasa di site photoshoot :)


Kelas Makeup anjuran saya kali pertama seumpamanya :) 




Dengan anak tersayang :) 



Dengan FAMILY tersayang :)