Buat Amal Jom!

Monday, April 25, 2011

Upcoming Mekap Class

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...
Apa kabar yea semua. Anda semua sihat ke?
Alamak apsal pulak fomul sangat aku nih...elek la..kita cakap bebiasa jer le ..
Ok tak der apa pulak akak nak update pagi nih...
just nak refresh balik yang kelas mekap akan di adakan tidak lama lagi...
Sgt2 murah ok..hanya RM70 sahaja.
Jika berminat boleh hubungi saya di talian 014-3262127.


Thursday, April 14, 2011

Simple Day Make-up Tips

Selamat petang semua...petang-petang macam nih layan goreng pisang sambil berbeloging sedap jugak kan...hahaha

Entry petang2 nih kira suka suki nak share jer.... share aper?? share simple tips for day Mekap@make-up... ok jadi kalu sesiapa nak g jenjalan leh mekap yang simple cam gini....

Caranya :

1. Bersihkan muka terlebih dahulu ya
2. Jika perlu pakai pelembab atau sun block silakan ok
3. Next pakai bedak jenama PIXY nih. Pakai secara basahkan span dan perah...span yang dalam keadaan lembab ok....
4. Ambil span lembab tadi dan calitkan pada bedak PIXY tadi...
5. Mulakan sapuan dari tengah sebelah hidung dan tarik sapuan ke tepi...
6. Sila sapu ke tepi bukan kebawah ok...nanti muka cepat kendurrr...upsss takot!!
7. Setelah ratakan keseluruhan muka biarkan ia agak kering seketika.
8. Sikat alis kening supaya nampak kemas
9. Pakai celak @ eyeliner diatas kelopak mata..(pakai tipis saja ok)
10. Kemudian pakai pemerah pipi lite2 jer. Mulakan tarikan dari cuping telinga membawa ke buah pp.. ( buah pp dimana?? Sila senyum dan anda akan nampak buah pp anda)
11. Akhir sekali silalah pakai lipstik yang sesuai and lipgloss untuk effect glosy..
12. Dah siap and ready tok jenjalan...






Hehe gambo2 hiasan ini hanya sebagai contohnya :)

Wednesday, April 13, 2011

Solekan Pentas Penari KPKT

Assalamualaikum dan selamat malam semua...
uhh awalnya pulak ucap selamat malam....hehe oklah kali nih nak update pasal entry
mekap job kumpulan penari kebudayaan KPKT seperti yang akak cakap semalam...

So kita layan ajer lah gambo yang ado...tak larat akak nak taip pepanjang
kerana penat mekap semalam tak hilang lagi...huhu

ok silakan lah menjamu mata ;)






Seperti biasa jika berminat dengan servis saya boleh call di talian 014-3262127