1. Selidik Juru Solek
Menjelang hari perkahwinan, tentu bakal pengantin membuat banyak penyelidikan terhadap jenis hantaran, katering, pelamin serta 1001 perkara untuk majlis tersebut tetapi jangan lupa selidik juru solek anda. Dengan kemudahan blog dan facebook, terdapat banyak jurusolek yang memuat-naikkan hasil seni mereka untuk dilihat oleh pelanggan dan bakal pelanggan.
Lihat hasil kerja mereka dan komen-komen yang diberikan oleh pelanggannya. Jika anda puas hati dengan hasil seninya dan itulah solekan yang anda mahukan ketika hari bahagia anda, cepat-cepat bookmark blog tersebut atau like lamannya di facebook! Kadang kala kita perlukan bukti untuk menyakinkan anda bahawa juru solek yang anda pilih benar-benar menepati solekan hari perkahwinan anda.
Ingat! Seorang juru solek yang baik akan dapat menutup kekurangan wajah anda, menutup cela, menaikkan seri serta mengubah wajah anda bak puteri kayangan sesuai dengan status anda sebagai raja sehari. Tapi itupun bergantung kepada permintaan pelanggan jua.. Almaklumlah taste setiap orang berbeza-beza.
2. Harga dan Bajet
Setelah berpuas hati dengan bukti hasil kerjanya, jangan lupa lihat pula harga khidmat juru solek tersebut. Terdapat perbezaan harga di antara juru solek yang beroperasi di bandar atau di luar bandar. Jangan pula, anda sudah berangan untuk jadi puteri kayangan, tetapi tidak mampu membayar harga yang diminta.
Namun, perlu ingat! Hasil solekan yang baik sememangnya memerlukan sedikit kos dan tak salah rasanya anda melabur sedikit wang, asalkan mendapat hasil solekan yang terbaik! Lagipun majlis perkahwinan hanya sekali dalam seumur hidup.
3. Jarak
Perkara ini juga perlu diberi perhatian. Jika majlis perkahwinan anda di kuantan dan juru solek anda tinggal di Ampang.. ehehe sayalah tue , tentu sahaja sedikit sukar untuk dia datang.
Fikirkan faktor jarak dan pilih juru solek yang tinggal tidak terlalu jauh dengan tempat anda. Saya?? Saya terima sekitar KL, SELANGOR, NS & Melaka :)
4. Buat tempahan awal
Sekiranya majlis perkahwinan anda dibuat semasa cuti umum atau cuti sekolah, tentu sahaja anda berkongsi hari bahagia tersebut dengan beberapa pasangan yang lain juga. Jadi buat tempahan terlebih dahulu dengan jurusolek anda seawal yang mungkin bila anda sudah yakin memilih juru solek anda.
Apatah lagi kalau juru solek yang anda suka itu mempunyai nama dan hasil kerjanya memang disenangi oleh pelanggannya, mesti berderet tempahan menunggunya!
Jangan sudah memasang angan untuk bergaya dengan solekan yang menawan tetapi mendengar jawapan ‘tidak boleh’, ‘sudah penuh’ daripada mulut bakal juru solek anda semasa membuat tempahan. Tentu haru jadinya.
5. Serasi atau tidak
Tentu aneh mendengar keserasian antara jurusolek dan pengantin tetapi itulah yang perlu diambil kira juga. Kalau artis seperti Siti Nurhaliza, dia senang sekali dengan Nurol Shukor menjadi juru solek untuk acara seninya.
Sebab keserasian antara anda dan juru solek sangat penting! Anda mungkin mengimpikan solekan smoky eyes yang penuh glamour untuk solekan perkahwinan anda, tetapi jurusolek anda menyolek anda dengan solekan minimalis! Tentu sahaja boleh naik angin ketika majlis perkahwinan anda. Lain yang diminta lain yang dibuat.
Sebab itu perlu keserasian. Kalau anda kata A, dia turut berfikir A. Jika anda mahu B, maka itu juru yang juru solek anda mahukan. Oleh itu, berjumpa dulu dengan juru solek anda. Kenal dan berbual dengannya. Baru anda tahu serasi atau tidak.
Berminat membuat tempahan??
No comments:
Post a Comment