Buat Amal Jom!

Sunday, September 19, 2010

Kenali saya


Sofina Touch adalah pemilik kepada Sofina Touch Collection. Saya telah berkerja sepenuh masa dan menjadikan Freelance Jurumekap sebagai hobi dan pendapatan sampingan. Meminati bidang persolekan dan telah mengikuti perkembangan sejak tahun 2007. Namun kerana faktor masih belajar maka terpaksa menangguhkan impian untuk serius di dalam bidang ini.
Kini setelah bekerja dan berkahwin serta mendapat restu dari suami tersayang barulah impian untuk memulakan langkah pertama menjadi kenyataan. Percaya setiap yang berjaya pasti ada permulaan langkah dan saya berharap masih tidak terlambat untuk memulakan langkah pertama. Pernah menjalani beberapa latihan dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat andaman. 
Produk yang saya gunakan dalam persolekan adalah seperti jenama KRAYOLAN, MAC, MAYBELINE, ESTEE LAUDER dan lain-lain lagi. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyokong saya terutama pada suami tersayang dan keluarga tercinta....

Tidak dilupakan kepada semua 'customer' yang mendapat
sentuhan Sofina Touch.



semasa mengandung 7 bulan :) 


join kelas mekap pertama masa mengandung :) 



semasa di site photoshoot :)


Kelas Makeup anjuran saya kali pertama seumpamanya :) 




Dengan anak tersayang :) 



Dengan FAMILY tersayang :) 

No comments: